‘TIPS’ UNTUK ELAK KEJADIAN ROGOL

Terhadap Kanak-kanak:

1- Anak2 kecil mesti sentiasa dibawah pengawasan ibu-bapa, guru-guru atau penjaga yang dipercayai. Kanak-kanak juga boleh dirogol oleh penjaga atau keluarga penjaga/pengasuh, oleh itu sentiasa ada rasa ‘cemburu’ dan berhati-hati.

2- Latih anak-anak untuk menjauhi orang yang tidak dikenali, kalau perlu ingatkan setiap hari iaitu semasa meninggalkan anak-anak dirumah atau Tadika / Sekolah.

3- Ingatkan pada anak-anak anggota tubuh badannya yang tidak patut disentuh oleh sesiapa pun kecuali oleh ibubapa atau pengasuh semasa mandi atau masa buang air.

4- Galakkan anak2 untuk bercakap atau bercerita apa yang berlaku sepanjang peninggalan ibu bapa supaya dengan ini dia akan memaklumkan perkara2 yang mungkin tidak difahaminya yang berlaku keatasnya.

5- Bertindak awal jika telah ada tanda-tanda maruah anak2 cuba dicerobohi. Jangan pandang remeh tanda2 ini takut nanti kita menyesal.

6- Seboleh2nya jangan benarkan anak2 tidor dirumah orang lain kecuali sangat perlu dan keluarga tersebut dikenali sebagai keluarga yang amanah dan berhemah.

7- Latih anak2 untuk menjerit minta tolong atau sebut ”API-API” jika ada gangguan atau pencerobohan terhadap dirinya. Kajian mendapati jeritan ’API” lebih diberi perhatian oleh orang ramai dari jeritan minta tolong.

8- Keluarga terdekat juga boleh menceroboh maruah anak2, jadi ibu-ibu perlu maklumkan pada anak2 juga tentang perkara tersebut.

9- Sentiasa berhubung dengan guru-guru, penjaga atau pengasuh tentang isu-isu keselamatan anak2

10- Pastikan kita berdoa dan ajar anak2 berdoa mohon keselamatan serta perlindungan Tuhan semasa melangkah keluar rumah, contoh: ”Bismillahi tawakkaltu ’alAllah”

Published in: on September 21, 2007 at 12:17 am  Tinggalkan Komen  

The URI to TrackBack this entry is: https://moneystar.wordpress.com/2007/09/21/%e2%80%98tips%e2%80%99-untuk-elak-kejadian-rogol/trackback/

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: