PANDUAN PERUMAHAN KAMBING

Perumahan adalah perlu untuk pemeliharaan kambing di Malaysia. Ini adalah kerana keadaan cuaca melampau seperti hujan dan panas terik menyebab kambing-kambing perlukan perlindungan.Kedudukan rumah/kandang-kandang ini boleh dibuat supaya:

  • Mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan. Contohnya, kawasan ragut /sumber makanan (stor) mestilah dekat dengan kandang jika boleh.
  • Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarak di antara dua kandang hendaklah sekurang-kurangnya sama dengan lebar kandang tersebut. Ini adalah untuk menjauhkan jangkitan penyakit.

Apabila membina kandang keperluan-keperluan yang penting untuk menentukan kesihatan dan kesejahteraan kambing-kambing adalah:

  • Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukan udara di dalam kandang
  • Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama matahari pagi. Kedudukan kandang arah Utara-Selatan
  • Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang
  • Tidak terkena angin yang kencang
  • Terpelihara dari hujan dan panas
  • Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar
  • Ruang makan dan minum mencukupi
  • Lantai adalah sesuai dan tidak membahayakan ternakan, seperti terseliuh atau patah tulang

Bagi membina sebuah kandang kambing yang baik faktor-faktor suhu, cahaya, pengudaraan dan kelembapan yang sesuai di dalam kandang adalah penting. Perubahan suhu, pengudaraan dan kelembapan yang ketara membawa kesan buruk kepada kambing contohnya sebaran penyakit. Jadi sebelum membina sesebuah kandang kambing yang baik pastikan keempat-empat faktor yang tersebut adalah bertepatan.

PEMBINAAN KANDANG

Kandang boleh dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yang berlantai tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara yang baik dan juga senang dicuci.

Lantai

  • Di dalam pembinaan kandang, lantai yang dibuat hendaklah:
  • tahan lama – misalnya tahan dari semburan bahan kimia dan air kencing
  • mudah dicuci
  • tidak licin
  • tidak mencederakan
  • tidak mudah lembab
  • Lantai hendaklah dibuat dari bahan yang sesuai seperti beroti yang berukuran 1.5 s.m. (tebal) dan 3.5 s.m. (Lebar), buluh atau batang pinang yang dibelah, anak-anak kayu dan juga papan biasa. Supaya kencing dan najis senang jatuh ke bawah, kayu atau papan lantai diatur dengan jarak 1.2 – 1.8 s.m. tiap-tiap satu. (Jika terlampau luas berkemungkinan kaki anak kambing akan tersepit).
  • Luas kawasan lantai untuk satu ekor kambing dewasa ialah di antara 0.7 – 1.4 meter persegi (8 – 15 kaki persegi).

Dinding

  • Dinding hendaklah dibuat dari bahan yang tahan lasak. Ini adalah kerana kambing mempunyai tabiat suka menanduk, menggigit dan menggeser dinding. Bahan-bahan yang boleh digunakan ialah buluh, kayu bulat (kayu hutan) dan papan.
  • Dinding boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
  • Dari lantai sehingga kira-kira 1 m ke atas boleh dibuat daripada papan, dengan jarak yang lebih rapat antara 1.5 – 2.0 s.m. yang memerlukan ruang yang agak tertutup untuk mengelakkan kesejukan.
  • Di atasnya boleh digunakan kayu beroti, buluh atau nipah dan anak-anak kayu. Jaraknya di antara satu dengan yang lain 9 – 12 s.m.

Bumbung
Bahan-bahan yang boleh dibuat bumbung termasuklah:

  • Nipah – bagus untuk sistem pengedaran udara dan lebih menyejukkan. (Pada umumnya terdapat kejadian kambing memakan serpihan nipah).
  • Zink – mudah dipasang tetapi boleh menyebabkan suhu kandang terlalu panas, terutamanya jika tidak ada pokok-pokok pelindung sekitarnya. Jika menggunakan atap zink, ruang di antara lantai dan bumbung hendaklah ditinggikan untuk pengedaran udara yang baik.
  • Asbestos – bahan yang paling baik untuk dijadikan bumbung tetapi ianya mahal sedikit. Ia tidak saja menyejukkan tetapi juga tidak mudah terbakar.
  • Aluminium – dapat mengurangkan kesan haba tetapi harga agak mahal.

Palung Makanan
Palung makanan boleh dibuat sama ada di bahagian luar ataupun bahagian dalam iaitu di sepanjang jalan tengah. Lebar palung bahagian bawah ialah 0.3 m dan 0.45 m di bahagian atas. Bagi kandang yang tiada palung makanan, rumput boleh diikat atau digantung di tengah-tengah kandang kira-kira 0.5 m dari paras lantai. Bekas abuk (konsentrat) boleh dibina di bawah palung rumput atau di mana-mana tempat di dalam kandang atau diisi di dalam besen. Air yang cukup dan bersih hendaklah disediakan di dalam baldi atau besen.

Bagi merendahkan kos membina kandang kambing, bahan-bahan digunakan mestilah murah dan tahan lama. Sumber-sumber asli seperti buluh, kayu bulat, nipah rumbia dan sebagainya boleh juga digunakan. Kambing memerlukan ruang lantai 0.7 – 1.4 meter persegi ( 8 – 15 kaki persegi) untuk seekor. Kandang untuk penternakan secara komersil memerlukan kos yang tinggi.

Kandang Kambing
Bagi memaksimumkan keuntungan, kita perlu jimatkan kos buat kandang. Jangan guna terlalu banyak kayu. Seorang penternak telah menghabiskan RM 80,000 untuk membuat kandang, sedangkan kambingnya hanyalah 50 ekor. Dia menggunakan kayu basah iaitu kayu hutan yang dibelah.

Keluasan untuk seekor kambing hanya 4’X2’ biasanya dengan keluasan 10’X10 dapat memuatkan 15 ekor kambing. Berikut adalah harga semasa kayu bagi setiap kaki bagi memudahkan korang menentukan buget buat kandang;
4X4=RM4.00
2X4=RM1.60
2X3=RM1.30
1X6=RM0.50 (Kayu Reject)
1X2=RM0.35
1X2=RM0.25 (Kayu Reject)
2X2=RM0.60
1X0.5=RM0.17
Zink = RM1.80 (Lebar 3’)
Pagar 3’=RM50.00/segulung (45’)
Pagar 4’=RM75.00/segulung (45’)

Pasir=RM130.00/selori
Simen=RM12.00/sebeg
Bata=RM150/satu ikat (1,000 biji)
Mesen Chooper – Deisel = RM4,800.00

Panjang maksimum kayu yang dijual adalah 22’. Kayu tidak dijual untuk panjang nombor ganjil – panjang kayu yang dijual ialah 8’,10’,12’ …20’ dan 22’ sahaja.

Adalah lebih baik kita buat sendiri kandang tersebut, kerana upah untuk membuat kandang biasanya tukang kayu akan charge 1 kali dari harga barang. Kalau terpaksa, kita just upah untuk membuat bumbung sahaja dan kita bagi bayaran mengikut hari bekerja, biasanya RM60-RM80 sehari. Selebihnya ie pasang dinding dan lantai kita boleh buat sendiri atau suruh pekerja kambing yang buat sementara kambing tak masuk lagi. Untuk tiang, lebih murah gunakan batu-bata. 5 beg simen untuk 24 batang tiang yang tingginya 6’, atau nak jimat lagi buat kayu 2X4 yang diikat dua so dia jadi 4X4.

Dibawah merupakan plan kandang kambing yang dapat menempatkan 250 ekor kambing dalam satu masa.

Kandang Kambing- untuk 250 EKOR

pelan-1.jpg

Pelan (1)

pelan-2.jpg

Pelan (2)

pelan-3.jpg
Pelan (3)

pelan-4.jpg

Pelan (4)

pelan-5.jpg

Pelan (5)

About these ads
Published in: on September 21, 2007 at 3:33 am  Tinggalkan Komen  

The URI to TrackBack this entry is: http://moneystar.wordpress.com/2007/09/21/35/trackback/

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: